
VALENTINO Rossi dan artis, Michah Dowbak (Mad Dog Jones) memperkenalkan helmet edisi khas AGV Pista GP RR Vale Forever yang datang dengan autograf The Doctor.
Menurut VR46 Metaverse, lukisan pada helmet muka penuh itu mendapat sentuhan Mad Dog Jones sempena meraikan sembilan kali kejuaraan dunia dirangkul Rossi.
Helmet itu mengambil ilham tema matahari dan bulan, termasuk simbol dan logo digunakan Rossi sepanjang kariernya dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, antaranya, kura-kura.
Helmet Vale Forever dihasilkan menggunakan siri helmet Pista GP RR, yang juga helmet replika AGV dalam sukan lumba dunia dengan mendapat homologasi Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).
Namun, belum ada harga resmi diumumkan, dan sesiapa berminat boleh layari laman web VR46 Metaverse untuk tempahan.
SUMBER. https://pandulaju.com.my/agv-pista-gp-rr-vale-forever-helmet-khas-dengan-autograf-rossi/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar